clipart

Monday, December 28, 2009

saya a.k.a aku @ bunga daisy amat busy..(konon je la)

berbalik kepada tajuk entry di atas(baca secara baku ok)....amat busy kerana:







**** kelas dah start balik, kononnya aku ngah busy tgk2 n berkenalan ngan lecturer laaaa....(walaupun aku sllu ponteng)



****nk kene kemas barang kt uma sewa sekarang sbb awal bulan 1 nk pindah masuk umah sewa kt pantai permai sbb lagi dekat ngan u.m tercinta tu....(nk masuk kolej tak dapat...ada ke dorang cakap aku x hantar borang permohonan nak duk hostel...aku penat jalan jauh-jauh semata-mata nk anta borang tu...dorang ckp aku x hantar...sabar je la..)



****aku nk kene edarkan soalan survey untuk final projek aku kt student yg berlainan universiti....ada 200 keping survey tu (aku bru edar 9 keping kot...haha)





~ semua benda yg aku sibukkan tu bila la agaknya nak siap...sbb aku ni suka menangguh...pemalas....kuat tido


~ ada sape2 nk tolong aku untuk selesaikan benda2 kt ats tu ???hahaha....nk putera yg naik kuda putih yg ada sayap....huhu

Wednesday, December 23, 2009

~di pagi hari


pernahkah kau bicara
tapi tak didengar
tak dianggap
sama sekali


pernahkah kau tak salah
tapi disalahkan
tak di beri
kesempatan


ku hidup dengan siapa
ku tak tau kau siapa
kau kekasihku 
tapi orang lain bagiku


kau dengan dirimu saja
kau dengan duniamu saja
teruskanlah....teruskanlah...
kau begitu...


kau tak butuh diriku
aku patung bagimu
cinta buta
kebutuhan cintamu

**** dah 17.9879 kali aku asyik ripit je lagu neh dari pukul 1 pg smpai dah nk pecah dah gegendang telinga aku ni...tak tau la pe yg bestnye dengan lgu ni...


****kenyataannya lagu ni buat aku tenang + kuatkn smgat aku.....walau pon ada sket touching2 bila kenangkn diri aku ni.....(bila nk berubah agaknya).....hukhuk (!-!)

**** amat tak faham ngn diri aku sendiri skrng ni....

****huhu..cm mna nk jadi tabah ni.......


Monday, December 21, 2009

Aku, Dia & Camera

Haaaaaaaaaaaaaaa....................ASSALAMUALAIKUM cikgu...kali ni aku nk join contest lg...yg ni en.dawie punya lak....bukan niat nk menang pun, sekadar mengisi masa aku yg amat banyak ni...( aku bukan gila contest ok...hihi).... lagi pun klo aku tak join contest cm ni...mmg sush la nk kuar pos bru jadinya, sbb aku ni tak reti nk coretkan isi hati aku sendiri...ekehkeh....
so...jom la join contest en. dawie ni same2 yukkkkk....



          Dania seorang gadis lincah tetapi tetap mempunyai sifat pemalu sebagai seorang perempuan. sejak dari kecil Dania dibesarkan oleh ibunya seorang diri, Dania tidak pernah merasa kasih sayang seorng lelaki yg bergelar ayah, dan kerana itulah Dania sentiasa berfikiran negatif terhadap kaum lelaki, bagi Dania lelaki susah difahami dan amat susah untuk memahami. Ayahnya dikenali sebagai Dato' Malik dikatakan telah meninggalkan mereka sekeluarga setelah mengahwini wanita yg lebih muda dari ibu Dania.

         Baru 5 bulan bekerja sebagai Junior Executive di sebuah syarikat di Kuala Lumpur namun Dania amat cekap dalam melaksanakan tanggungjawabnya, tidak hairanlah jika dia disenangi oleh ramai rakan sejawat dan orang di sekelilingnya. Ramai lelaki di pejabat cuba untk berkenalan secara lebih rapat dengannya namun Dania amat fobia dengan apa yg telah berlaku di antara ibu dan ayahnya, malah Dania lebih suka menjauhkan diri dari kaum lelaki. Dania selalu keseorangan walau kemana sahaja dia pergi, cuma kadang-kadang akan di temani oleh sahabatnya, Dila.

"Hello, ASSALAMUALAIKUM Dila......." Dania memulakan bicara.

Jauh di hujung talian Dania mendengar salamnya dijawab. "WA'ALAIKUMUSSALAM. Dania, ada apa-apa ke telefon aku malam-malam ni.....mimpi ke?" soal Dila sambil tergelak kecil.

" kene mimpi dulu baru boleh telefon kawan ke??" balas Dania dalam gurau.

" tak de lah...saje je gurau...lame tak jumpakan....." Dila membalas.

"haaaaaaaaaaaa tau pun....ni aku telefon ni nak ajak kau keluar la....esok petang pukul 1, kat Mid Valley OK tak?".... Dania menyuarakan isi hatinya.

" emmm...OK jugak...ok, jumpa esok ye...mak aku dah panggil tu....bimbang cekodok kat dalam kuali terbakar nanti...bye-bye Dania..." gurau Dila sambil meminta diri.

" ok bye-bye...."

talian dimatikan, Dania tersenyum sendiri.

           keesokan harinya, Dania tiba di tempat yg dijanjikan.  Setelah 15 minit menuggu, Dila masih tidak muncul. Dania mula berjalan sambil melihat barang-barang yg mungkin menarik hatinya. Sudah 3 barang dibelinya, namun Dila masih tidak kelihatan. Dania terus berjalan smbil matanya masih melilau mencari sesuatu, tiba-tiba bahunya dilanggar dan barang di tangannya terjatuh........

"adoi...sakitnya......" mulut Dania mengomel sambil mengutip kembali barang miliknya. Seorang lelaki cuba menolong, tetapi dihalang oleh Dania.

" maafkan saya..." luah lelaki itu dengan nada kesal.... "saya Dawie..."... lelaki itu memperkenalkan diri. selesai mengutip barang-barangnya, Dania mendongak untuk melihat siapa empunya suara, lalu Dania terus berlalu dengan muka yang penuh tanda tanya. Dalam perjalanan balik Dania terus berfikir dimana dia pernah jumpa lelaki yang melanggarnya tadi. Saat mendengar suara lelaki itu hatinya berdegup kencang. Padahal, bukan dia tidak biasa mendengar suara lelaki...di pejabatnya sahaja ada perpuluh-puluh lelaki..namun Dania gagal mengingati siapa lelaki itu....

3 tahun berlalu******

" Dania...minggu depan ada kawan mak nak datang rumah kita...." kata Puan Normah.

"o...ok....datang la...apa kaitan dengan saya mak? saya boleh tolong buatkan air nnti kalau bibik tak ada"....... gurau Dania.

" Dia datang dengan rombongan untuk meminang kamu Dania untuk anak lelakinya, dan mak telah pon setuju....." balas Puan Normah.

Dania terkaku sendirian tetapi tidak pula dia menolak hajat emaknya, kerana dia mengerti isi hati seorang ibu yang bimbang tentang kehidupan anak perempuannya..

6 bulan selepas majlis bertunang, majlis perkahwinan diadakan dengan meriah.


" kenapa awk nak kawin dengan saya??...padahal kita tak kenal..." soal Dania pada malam pertama bergelar isteri sambil duduk di birai katil.

" awak mungkin tak kenal saya...tapi saya cukup kenal awk..." balas suaminya dengan senyuman di bibir sambil menghulurkan sebuah album gambar dan sebuah kamera kepada Dania.

Dania amat terkejut melihat semua gambarnya ada di dalam album itu.... " ni gambar saya kat Perak time gi camping anjuran universiti dulu.....ni gambar waktu gi camping kat pulau duyung...ni gambar waktu mendaki bukit kat perlis dulu......ni gambar saya kat Mid Valley....macam mana semua ni boleh ada pada awk???" soal Dania penuh tanda tanya.

"dulu kita menuntut di Universiti yang sama sayang.....mungkin awk je yang tak perasan kehadiran saya...semua camping yang awk sertai, saya pun akan ikut sama...sebabnya saya bimbangkan keselamatan awk...gambar awk kt Mid Valley tu waktu awk lari dari saya sebab saya langgar bahu awak dan buat barang awk jatuh......ingat tak??"......terang Dawie satu persatu.

"tengok dalam kamera tu..." pinta Dawie lagi..

" dalam tu banyak lagi gambar awk waktu kat universiti dulu. kamera ni la yang saya guna untuk curi-curi tangkap gambar awk...kamera ni la yg selalu menemani saya kalo sy rindukan awk....kamera ni banyak menyimpan gambar muka awk yg cun tu......saya sayang kamera ni sama mcam saya sayang isteri saya ni".... sambung Dawie sambil tersengeh.

kini Dania faham segalanya....bagi Dawie pula hidupnya kini lebih lengkap dengan kehadiran Dania dan kamera kesayangannya di sisi..................



sekian....:)


Sunday, December 20, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest

Assalamualaikum......(jawab la...)

Hehe.....disebabkan saya baru darjah 1 dalam bab-bab blog memblog ni, maka x-tion kamen telah memberikn idea yg bernas supaya saya join contest ni..meksh di ucapkn.....so try je la...berhibur sambil belajar gitu...hehe...kalo menang lagi sukeeeeee.....YEAYEA

******ada soalan pasal contest ni tgk kt sini ye. jgn malu-malu cat.....


( x-tion kamen yg ajar cra wat link ni..thx....)

kalah atau menang adat pertandingan....ewah3....so enjoy!!!


 gambar ni diambl kt uma sewa dlu....lepas di mekup oleh iqa...pose cm ni pon ni surh oleh iqa...aku hnya menuruti..

mekasih...hekhek....(betol ke apa aku buat ni???)

Friday, December 18, 2009

..hari ini dalam sejarah...

ari ni bersamaan dengan 19 dis.2009..bukan hari raya...
*
**
***
**
*
mula2 skali aku nk ucap beribu2....berjuta2....beratus2..berpuluh2 ucapan time kasih pada sorng insan yg nme x-tion kamen...dia da tolng lahirkan kn blog yg comey dan canggih ni untuk aku. klo nk tggu aku yg buat...memg tak dapt la..hihi..harap en. x-tion kamen sudi la terima kasih yg da sy bg td...walaupn x seberapa tapi ikhls dri hati suci...(walaupun tak bpe suci tp ttp nk persan hati ini suci...aku punye hati kn....biar la...)maka dgn rasminya aku umumkn bhwa aku da ada blog...meksih:)....nnti sila2 la lawa kn lagi blog sy ni ye...hahahaha.

kedua....ari ni adalah hari ulang BULAN perhubungn ***** aku ngn orng yg buat blog ni atau nme glamor dia x-tion kamen...so aku anggap ni hadiah dri dia la walaupn dia x ckp pun....diam tak diam, kecoh tak kecoh dah  5 bulan kami mengharungi onak dan duri sme2.....(walau pon x byk duri..tp sakit la jgk.....tmbh2 aku ni kuat ngis)...lama tu..kn???? doa kn kami ye...plz.......
*
*
*
*
*
da tgk da blog kawan2 x-tion kamen..smua lawa...comey je...geram tgk....




~~nnti kwn2 blik uma ley la eksen kt dorng aku da ada blog...bukn lg buta blog...haha